Tuesday, February 10, 2009

Konsert Rihanna Di Tunda,,,,,?

Muaturun, klik jerr tajuk lagu.......
Rihanna ft Chris Brown - Bad Girl.mp3 (4.12 MB)

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Konsert penyanyi antarabangsa kelahiran Barbados, Rihanna yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini Jumaat ini ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.


Penundaan dipercayai berpunca daripada insiden penyanyi itu yang diserang dan dicederakan oleh kekasihnya yang juga penyanyi R&B terkenal, Chris Brown pada malam Sabtu lalu.

Penganjur konsert, Pineapple Concerts Sdn. Bhd. (PCSB) mengesahkan menerima surat rasmi daripada pengurusan Rihanna, Agensi William Morris yang beribu pejabat di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Pengarah Urusannya, Razman Razali berkata, konsert tersebut tidak dibatalkan sebaliknya ia hanya ditunda dan tarikh barunya akan diumumkan dua minggu daripada sekarang.

"Untuk itu, kami meminta peminat dan penonton yang sudah membeli tiket agar menyimpan tiket mereka sehingga satu pengumuman yang akan diberitahu nanti,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty mula menempa nama sebagai penyanyi pada tahun 2005 dengan kelahiran album pertamanya, Music of the Sun yang memuatkan lagu popular, Pon de Replay.

sumber : utusan malaysia

No comments:

Post a Comment